Sunday 3 April 2011

Sedapnyer puding karamel (",)~ auwwww

Makanan nih memang favourite sesangat. Tapi x leh nak buat selalu sbb banyak guna telur ayam. Dalam minggu nih jer dah 2 kali buat. puas ati! Resipinya simple mimple jer... nih ha....

Bahan-Bahan
1 tin susu cair (400ml)
5 sudu besar gula kastor
3 biji telur
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanila

untuk KARAMEL
5 sudu besar gula biasa.
2 sudu besar air.

Cara-Cara
1. Ambik loyang yang digunakan utk mengukus. Masukkan bahan utk buat KARAMEL tu. then masak atas api.... guna api perlahan jer.... soh x der arr gula tu cepat hangus. so senang nak bajer. Bila nampak dah keperang-perangan. sila tutup api yer! ok. ketepikan loyang tuh.
2. Masukkan telur dan kuning telur dalam mangkuk, masukkan gula then pukul jer guna mixer. senang. sampai sebati.
3. dalam periuk yang lain.... anda masukkan susu cair dan esen vanila. Panaskan sehingga lebih kurang 60 darjah celcius. Main agak2 jer la... yg penting jgn sampai mendidih. ok.
4. Kemudian No.3 tadi masukkan sedikit demi sedikit dalam No.2. Kacau sampai sebati.
5. Kemudian dengan menggunakan penapis, masukkan bahan yang dah sebati tadi ke dalam loyang yg No.1 tadi. Kalau ada buih sila buang erk.
6. Balut guna aluminium foil dan kukus lebih kurang 30 minit.
7. pastu jangan terus bukak aluminium foil tu.. tunggu arr 5-10 minit. pastu baru bukak.
8. Sejukkan. Bila dah sejuk anda terbalikkanlah loyang tu.... nnt dapat macam ni;

No comments:

Post a Comment