Sunday 17 July 2011

36 weeks..... alhamdulillah

Apa erk tanda-tanda hampir bersalin???

1. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. (erm... dah kott.... )

Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah lama dah rasa.)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yer mmg kerap melawat toilet huhu)
  • sakit perut, memulas (mmg kekadang ada rasa)
  • kerap buang air besar ( A'ah... sekang dh senang sket membuang)
  • kerap terkentut (yup tak dinafikan hahahah)
2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.(lendir pekat tu mcm putih susu ker??? kalau yer mmg pun! )
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.(x der campur darah lagi)
3. Sakit belakang (mmg ada gak sakit sakit belakang nih)
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
4. Pecah air ketuban (lum lagi)

5. Kontraksi yang tetap dan berterusan (semalam mmg kontraksi agak tetap... setiap 5 minit, tapi diri sendiri yakin belum lagi nih... dan bila dah nak mlm... dah kurang dah)
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (x g hosp. coz yakin belum ag... tak mau den dr. wat VE huhu, tapi kalau dh masuk 38 weeks mungkin dah kene g hosp kot)
  • keluar air ketuban. (lum dpt tanda ni lagi, kalau dpt tanda nih mmg akan bergegas ke hosp.)
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.( so far anak i still gerak2 ag cuma dah tak aktif mcm dulu)
  • keluar darah dari vagina.( oh, kalau sign nih pon i akan bergegas ke hosp.)

Saturday 14 May 2011

Lama dah tak update blog

Laptop dah jahanam..... huhu... dah sampai masa kot.
Sorry, sgt2 bz sampai x sempat nak update blog.....
Al maklumlaaa skang dah mula berjinak2 masuk dalam dunia perniagaan. tapi kecil-kecilan jer dulu....(",)~

Baby kat dlm pun dah semakin membesar dengan jayanya... alhamdulillah....
Bilaaa lah nak start beli brg baby....
Erm... . bila fikir x lama ag baby nak kuar.. cuak pulak. macam mana lah gamaknya bersalin nanti...

Wednesday 4 May 2011

EN. Abg 'on call'

Hurmmm... bilalaaa baby nak temankan ibu kat rumah nih... sunyi arr bila ayah on call.

Last Saturday, my opis-mate selamat dah bersalin... (yeah dpt cuti 3 bln). hehehhe
, seronok tengok member dah selamat. Dia dpt anak perempuan... nama boleh tahan: Nur Qaisara Alya. Baru semalam berkesempatan melwat diorg. Baby die ~ 3.1kg jugak... tapi seriusly perut die masa pregnant mmg kecik... (kecik2 pon 3.1kg) wow!

Bila tgk member tu... tertanya2 lak... baper arr agak2 baby aku ni.... kalau ikut gene aku x der arr besar.. tp kalau ikut gene husband (auwww!) Baby kat dlm nih sekarang sgt..sgt...sgt... aktif... Next check-up KKIA kene cucuk... (ahh nih yg den x gomar neh)....  tp, utk baby... ibu relakan diri ini disuntik! (",)~

* Masih berfikir-fikir: Aku nak bersalin kat mana erk????
* Tak lupa buat suami tercinta: congrates yer syg dh nek pangkat.... (rezeki pas kawen & baby dlm perut) love you! Muah~

Saturday 30 April 2011

side income kat internet.... nak try? jom.

Pernah dengar tak Says.my ???? saya pun baru jer first time dengar.... hehe, rupa2nya ni salah satu tempat untuk dapat side income. duit tu dtg dr mana? ok. u all dpt duit itu, bila u all tolong iklankan product diorang. yang best nyer... hanya apabola diorang click jer iklan tu dah leh dpt duit... walaupun diorang x beli apa2. best kan???? sy sajer join utk suka2 jer ni... income die x besar mana pun... tapi utk mereka yg suke suki nak try meh register SINI. Ikut jer lah arahan yg diorang bagi tu... ok gd luck.

Saturday 16 April 2011

famili nk dtg umh............ sila..sila...

hari ni, parents, tok, nenek, sedara mara mau singgah umh kami.... cadangan nk masak jer lauk utk mkn mlm nih.... erm... masak ikan keli masak lemak cili padi, sup ayam buat kanak-kanak yg x thn pedas, n sambal udang jer... sayur... just masak sayur kailan ikan masin... manisan: i dh buat puding karamel.... air teh o... n sirap ais. ok setel... mkn mlm,.... jap g nk g kuar bli kelapa parut..... Abg g locum, kalau x dh minta tlg dier jer yg belikan brg. hehe...ok.... daa~

jumpa lagi~

Monday 11 April 2011

Thesisku yang dah berzaman tak setel-setel.... kuikuikui

Waaarrgh.... kena email abstract thesis secepat mungkin. Ohhh no~ huhu

okay, good luck to me! abstract........................

Sunday 10 April 2011

My pregnancy: Part 4

Last Friday kami g check-up. Nak tgk perkembangan baby kat dlm.... Memang detail sedetailnya gynae terangkan.... siap wat 3D scan segala.... our baby pemalu... suker tutup muke... so our gynae ssh nak scan muka die. hehhehe.... tak pe... yang penting ibu n ayah tahu ***** berada dlm keadaan sihat. Sebagai hadiah utk our baby ni... kami dah decide satu skim insurans utk ***** sejak dari dalam rahim lagi... (",)~ 

Now, berat ibu dah 51.5kg.... Woooo! before pregnant hanya 43.5kg jer okay. Skang dah pregnant for 22 weeks. berat ***** pun dh nak dekat setengah kg. So, far time pregnant nih ibu mmg x ambil susu khas mcm Anmum ker? Friso ker? Enfamama ker?... bukan apa... ibu dah try minum.... tapi  x sedap. manis sgt. ibu just minum fresh milk jer... sdap!!! hehehe. Dan ibu sgt2 suker makan buah buahan.... nih tiap2 hari mesti mkn. x kisah arr buah apa.... 

Satu perkara yang tak best.... hari tu ibu n ayah tersalah bawak cd. soh, ibu  x dpt nak tempel gambar ***** kat sini. ok, next time ibu tempel erk.... frust arrr... kami  x sedar yg cd tu bukan cd *****. huhu... ibu n ayah minta maaf yer ***** sayang. nnt kami g jumpa doc tu, mintak gambar *****. Kami pun rindu giler nak tgk gambar2 tu.... ok. 

daaa... jumpa lagi...