Sunday 17 July 2011

36 weeks..... alhamdulillah

Apa erk tanda-tanda hampir bersalin???

1. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. (erm... dah kott.... )

Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah lama dah rasa.)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yer mmg kerap melawat toilet huhu)
  • sakit perut, memulas (mmg kekadang ada rasa)
  • kerap buang air besar ( A'ah... sekang dh senang sket membuang)
  • kerap terkentut (yup tak dinafikan hahahah)
2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.(lendir pekat tu mcm putih susu ker??? kalau yer mmg pun! )
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.(x der campur darah lagi)
3. Sakit belakang (mmg ada gak sakit sakit belakang nih)
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
4. Pecah air ketuban (lum lagi)

5. Kontraksi yang tetap dan berterusan (semalam mmg kontraksi agak tetap... setiap 5 minit, tapi diri sendiri yakin belum lagi nih... dan bila dah nak mlm... dah kurang dah)
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (x g hosp. coz yakin belum ag... tak mau den dr. wat VE huhu, tapi kalau dh masuk 38 weeks mungkin dah kene g hosp kot)
  • keluar air ketuban. (lum dpt tanda ni lagi, kalau dpt tanda nih mmg akan bergegas ke hosp.)
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.( so far anak i still gerak2 ag cuma dah tak aktif mcm dulu)
  • keluar darah dari vagina.( oh, kalau sign nih pon i akan bergegas ke hosp.)

No comments:

Post a Comment